Mayat lelaki berlumuran darah dalam kereta

Iklan
Anggota polis memeriksa kereta mangsa yang ditemui dengan kesan tikaman di tempat kejadian.

SUNGAI PETANI - [DIKEMASKINI] Mayat seorang lelaki berusia 41 tahun ditemui berlumuran darah dalam sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina berwarna putih, di bahu jalan berdekatan tapak pasar malam Taman Bandar Baru, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Sazalee Adam berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di bahagian tempat duduk pemandu.Menurutnya, siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada bahagian badan dan leher mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke HSB untuk bedah siasat.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Mangsa yang dikenali sebagai A Muniandi, ditemui oleh seorang lelaki yang bertugas sebagai peronda di kawasan terbabit, sebelum menghubungi Balai Polis Bedong pada 4.15 pagi tadi,” katanya.Sazalee berkata, mangsa yang bekerja di Singapura sejak 10 tahun lalu dipercayai baru sahaja pulang ke Sungai Petani beberapa hari lepas."Polis masih menyiasat motif kejadian memandangkan tiada barang berharga milik mangsa yang hilang,” katanya. Menurutnya, Siasatan lanjut masih diteruskan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sazalee berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk proses bedah siasat.