Kedah sasar ke final Piala Emas Raja-Raja 2019

Iklan
Akmal Rizal (kanan) memberikan arahan kepada pemain-pemainnya pada separuh masa pertama perlawanan persahabatan bertemu Liga Super Kedah sambil diperhatikan oleh Dr Ismail (tiga dari kanan).

ALOR SETAR - Kedah menyasarkan untuk mara ke pentas final Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2019 berdasarkan persiapan rapi dan kelebihan selaku tuan rumah pada tahun ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, The Keris diperkuatkan oleh pemain Piala Presiden Kedah, pemain Piala Belia Kedah dan pemain yang dipilih dari Liga THB Kedah serta dibimbing Ketua Jurulatihnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Iklan
Iklan

Menurutnya, persiapan pada tahun ini dilihat lebih bersedia berbanding tahun-tahun lalu dan pihaknya masih mempunyai tempoh dua minggu lagi bagi memperkuatkan lagi pasukan mereka.

"Tahun ini kita mempunyai masa yang panjang dan bersiap lebih awal untuk menilai setiap pemain untuk diserapkan masuk ke dalam pasukan PBMK pada tahun 2019.

Iklan

"Sebagai tuan rumah sudah tentu menjadi kelebihan buat Kedah namun kita juga perlu bersedia lebih awal. Tahun ini kami sasarkan untuk mara ke pentas final berdasarkan persiapan dan kemampuan yang ditunjukkan oleh pemain.

"Selepas beberapa perlawanan persahabatan yang dihadapi termasuk hari ini, kita sudah boleh menilai dan menentukan pemain-pemain kesebelasan utama.

Iklan

"Ada beberapa lagi perlawanan persahabatan yang diaturkan sebelum kejohanan sebenar bermula pada 15 September," katanya kepada media selepas meninjau perlawanan persahabatan di antara pasukannya dan pasukan Liga Super Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Pada perlawanan tersebut, PBMK tewas 4-0 namun bagi Dr Ismail, ia memberikan pendedahan yang berguna kepada pemain-pemainnya yang majoritinya di bawah umur 25 tahun.

Tambahnya, PBMK menyeru peminat seluruh Kedah terutamanya di daerah Kubang Pasu untuk sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan tersebut yang akan beraksi di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kedah diundi dalam Kumpulan D bersama Perak, Wilayah Persekutuan dan Perlis.