Bukan bas mini 'pink'...

Iklan
Bas mini yang akan digunakan untuk tempoh percubaan bagi laluan T300 hab Bukit Indah ke Ampang Point bermula 1 September ini.

KUALA LUMPUR - Rapid KL menafikan tanggapan pihak tertentu mengenai usaha pihaknya menggunakan bas mini di laluan T300 hab Bukit Indah sebagai langkah terkebelakang.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn, Muhammad Yazurin Sallij berkata, penggunaan bas mini yang bakal beroperasi 1 September ini bukannya bas mini merah jambu yang popular sekitar era 90-an.

Iklan
Iklan

"Walaupun kami menggunakan konsep bas mini, namun ia dilengkapi dengan kemudahan terkini, pendingin hawa dan mesra pengguna.

"Tujuan utama bas mini itu beroperasi juga sebagai satu kajian dan percubaan agar bersesuaian dengan lokaliti dan kapasiti penumpang," katanya pada sesi taklimat media mengenai percubaan perkhidmatan bas mini Rapid KL di Depoh Bas Rapid KL hari ini.

Iklan

Beliau menjelaskan, penggunaan bas mini dilihat lebih sesuai di beberapa kawasan yang kurang penumpang dan jalan sempit.

"Bas berkapasiti 67 penumpang yang digunakan sekarang kurang sambutan, jadi kita cuba guna bas pendek kapasiti 27 penumpang dengan menambah kekerapan perjalanan antara 15 hingga 25 minit.

Iklan
Bas mini kembali ke ibu kota selepas 21 tahun