Pulau Pinang catat pelaburan paling tinggi
Iklan
Kon Yeow menunjukkan statistik MIDA mengenai pelaburan bagi enam bulan pertama bagi tahun ini.
GEORGETOWN - Pulau Pinang berada di tangga teratas dalam data statistik rasmi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) apabila mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM9.21 bilion.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jumlah itu bagi tempoh enam bulan pertama bagi tahun ini iaitu Januari hingga Jun.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bagi pelaburan domestik, Pulau Pinang mencatatkan RM507 juta manakala bagi pelaburan luar menunjukkan RM8.71 bilion.
"Jumlah pelaburan sebanyak RM9.21 bilion ini menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan jika dibandingkan jumlah pelaburan bagi keseluruhan tahun lalu iaitu hanya RM5.78 bilion. Dari segi pelaburan domestik pula, tahun lalu mencatatkan RM2.09 bilion berbanding RM507 juta bagi enam bulan pertama.
Iklan
"Sementara itu, bagi pelaburan luar pula, bagi tempoh enam bulan pada tahun ini, Pulau Pinang mencatatkan RM8.71 bilion berbanding bagi tahun lalu iaitu RM3.69 bilion. Dengan statistik ini, ia menunjukkan Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai pelaburan paling tinggi di negara ini," katanya pada sidang media tadi.
Kon Yeow berkata, pihaknya akan terus memainkan peranan penting dalam sektor pembuatan dan elektronik yang menjadi kelebihan pelaburan di Pulau Pinang selama ini.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang akan menunggu komitmen Kedah bagi menentukan status Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) sama ada kargo atau penumpang.
Beliau berkata, tumpuan kerajaan negeri pada waktu ini hanya pada permohonan cadangan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang kini jumlah penumpang mencecah 8 juta.
"Mengenai KXP, kita hanya menunggu komitmen dari Kedah dalam menentukan statusnya sama ada ia lapangan terbang kargo atau penumpang. Tumpuan kita sekarang adalah permohonan cadangan untuk memperbesarkan LTAPP kerana kapasiti penumpangnya sudah kritikal.
"Ia dibina untuk menampung 6.5 juta penumpang sahaja namun kapasiti penumpang yang ada sekarang sudah mencapai 8 juta. Sehubungan itu, cadangan yang dibuat adalah untuk memperbesarkannya bagi menampung sehingga 20 juta penumpang," katanya.
Terdahulu, Kon Yeow meminta agar kajian kebolehlaksanaan terhadap KXP dilakukan bagi mengkaji keseluruhan impak termasuk kesan jangka panjang kepada ekonomi Pulau Pinang.
Sebelum ini juga, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa Putrajaya sedang mempertimbangkan untuk memperbesarkan LTAPP kepada kapasiti maksimum 20 juta penumpang.
Guan Eng berkata, kerajaan akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) untuk meneruskan kerja-kerja menaik taraf dan pembesaran lapangan terbang di Bayan Lepas itu.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam