Polis Indonesia nafi guna anak panah surai tunjuk perasaan di Papua

Iklan
Seorang anggota Polri dikejarkan ke hospital akibat cedera semasa tunjuk perasaan ganas di pekan Deiyai semalam.

JAKARTA - Ketua Polis Republik Indonesia (Polri), Jeneral Tito Karnavian menegaskan anggotanya tidak pernah menggunakan anak panah ketika mengawal tunjuk perasaan di wilayah Papua.

Sebaliknya Tito mendakwa, anak panah yang meragut satu nyawa semasa tunjuk perasaan di pekan Deiyai semalam adalah milik perusuh.

Iklan
Iklan

"Anggota Polri mahupun tentera tidak pernah menggunakan panah. Anak panah itu datang dari arah perusuh sendiri.

"Ia datang dari arah belakang dan mengenai seorang lelaki yang berada di hadapan kelompok perusuh terbabit," kata Tito.

Iklan

Tambah Tito lagi, beberapa pegawainya turut mengalami kecederaan akibat diserang menggunakan anak panah oleh perusuh.

"Malah seorang anggota tentera bernama Serda Riskon maut terkena anak panah ketika cuba menghalang cubaan beberapa perusuh merampas sebuah kenderaan perisai," katanya.

Iklan

Ribuan rakyat Papua mengadakan tunjuk perasaan kelmarin susulan diskriminasi etnik sejak minggu lalu yang turut membawa kepada provokasi untuk mendapatkan kemerdekaan.

Perusuh turut bertindak ganas dengan membakar pasar, penjara dan pejabat kerajaan.

Ia dicetuskan oleh penghinaan berbaur perkauman ke atas pelajar Papua yang diserang dengan gas pemedih mata di asrama dan ditahan di Surabaya pada 17 Ogos.

Kira-kira 1,200 anggota polis terbang ke rantau itu yang sememang padat dengan anggota tentera berikutan konflik bersama kumpulan tentera sejak berdekad lalu.

Jakarta turut memotong akses internet di rantau itu sejak minggu lalu bagi mengelakkan orang ramai berkongsi mesej provokatif yang boleh mencetuskan lebih banyak keganasan. - Agensi