Pengusaha minyak di Kelantan berdepan denda RM1 juta

Iklan
Setiausaha Akhbar Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohamad Hisomuddin Bakar (empat, kiri) bersama murid daripada keluarga kurang berkemampuan memilih pakain sekolah pada Majlis Pelancaran Program Pengguna Bijak Kembali ke Sekolah di sebuah pasar raya, hari ini. Turut sama Pengarah KPDNHEP Kelantan, Khalid Tik (tiga kiri). - Foto Bernama

KOTA BHARU- Sebanyak 180 stesen minyak di negeri ini diberi amaran supaya sentiasa menyediakan bekalan minyak mencukupi susulan penurunan harga bahan api itu bermula awal tahun hadapan atau dikenakan tindakan denda berjumlah RM1 juta jika gagal berbuat demikian.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Khalid Tik berkata, mereka perlu prihatin dan sentiasa menyemak semula stok untuk memastikan sentiasa mencukupi dan tidak terputus bekalan"Langkah itu penting bagi mengelakkan isu-isu yang tidak diingini berlaku antara pengusaha dan pengguna.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini kami sedang memantau stok petrol terutama di Kelantan memandangkan negeri ini berada berhampiran dengan sempadan. Buat masa ini kita belum menerima aduan berhubung mana-mana stesen yang terputus bekalan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Pengguna Bijak Kembali ke Sekolah yang dirasmikan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNHEP, Mohamad Hisomuddin Bakar, di Pasaraya Pacific, KB Mall, di sini, hari ini.

Iklan

Mengenai kejadian minyak tercampur air di sebuah stesen minyak di Selangor akibat kebocoran pada tangki stesen berkenaan Khalid berkata kejadian itu tidak berlaku di mana-mana stesen minyak di negeri ini.

"Bagaimanapun, kita akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat campuran air dalam tangki minyak di mana-mana stesen minyak memandangkan ia adalah tanggungjawab mereka untuk membuat pemeriksaan dan analisa.

Iklan

"Buat masa ini kita dapati stesen minyak di negeri ini menjual petrol mengikut standard operasi prosedur (SOP) masing-masing walaupun Kelantan kerap hujan kebelakangan ini," katanya.- Bernama