Amaran Ribut Tropika!

Iklan

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu petang tadi, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika berkenaan sedang bergerak ke arah barat Sabah dengan kelajuan maksimum sehingga 83 kilometer (km) sejam.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pencerapan pada pukul 5 petang tadi, ribut tropika itu kini berada pada kedudukan kira-kira 513km ke tenggara Hanoi, Vietnam.

Bacaan cerapan terbaharu turut menunjukan kedudukan terkini ribut itu berada kira-kira 1,451km dari barat laut Kudat, Sabah berbanding 1,305km pada bacaan cerapan jam 8 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah,” menurut kenyataan itu. - Bernama