Agong, Permaisuri berangkat ke majlis tahlil

Iklan
Foto: Bernama

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tahlil 100 hari kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah di Masjid Sultan Ahmad 1 di sini.

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di masjid itu pada 6.55 petang.

Iklan
Iklan

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan pentadbiran negeri Pahang.

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil itu dipimpin imam masjid berkenaan, Mohd Khalil Mohd Zari kemudiannya diikuti solat Maghrib.

Iklan
Iklan

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada 8.50 pagi 22 Mei lalu di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 88 tahun. - Bernama