'Merdeka tahun ini tidak segembira tahun lalu'

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sambutan kemerdekaan ke-62 tahun ini kurang menggembirakan berbanding tahun lalu.

Menurut Dr Mahathir, hari kebangsaan tahun lalu disambut meriah bersandarkan sentimen kejayaan rakyat menukar kerajaan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, tahun ini berbeza kerana rakyat sedang menantikan keputusan daripada pilihan mereka memilih Pakatan Harapan (PH) menggantikan Barisan Nasional (BN).

"Tapi tahun ini rakyat menunggu keputusan daripada pilihan mereka, tetapi untuk menunaikan semua manifesto PRU14, ia bukanlah tugas mudah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Iklan

Dr Mahathir berkata, ketika awal peralihan tampuk pemerintahan, kerajaan PH belum mengetahui keadaan sebenar kedudukan kewangan negara yang ditinggalkan oleh BN.

"Masa itu kita tidak ada maklumat penuh berkenaan keadaan kewangan negara, berapa wang yang dimiliki kerajaan. Tidak tahu negara berhutang RM1 trilion.

Iklan

"Kita sedar rakyat mengharapkan perubahan dan janji manifesto ditunaikan, tapi perkara itu perlukan masa untuk dilaksanakan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk penuhi semua manifesto, tapi kerajaan tidak ada duit untuk beli sokongan rakyat,” katanya.