Banyak faedah jika Malaysia jadi hub pendidikan antarabangsa

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof Dr Raduan Che Rose. Foto: SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

SHAH ALAM - Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose menegaskan pelbagai faedah akan diperoleh sekiranya negara mengangkat agenda pengantarabangsaan sebagai agenda penting kepada sistem pendidikan negara.

Menurutnya, soal ekonomi sudah sedia maklum banyak yang boleh dijana secara langsung dan tidak langsung.

Iklan
Iklan

"Soal peningkatan akademik pula bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga institusi yang terlibat.

"Bila kita jadi hos pelajar antarabangsa, sudah tentu kita perlu menyediakan yang terbaik sama ada dari segi pengajar, infrastruktur dan juga sistem yang ada," katanya pada Siri Wacana Siri ke-123 bertajuk Pelajar Asing: Kenapa banyak Masalah? di Dewan Karangkraf hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Raduan berkata, pelajar tempatan sebelum ini terpaksa ke luar negara untuk mendapatkan persekitaran tersebut.

Bagaimanapun katanya, hari ini pelajar yang dihantar ke luar negara sudah dikurangkan apabila hanya 79,000 orang berpeluang ke serata dunia.

Iklan

"Ini bermakna pendidikan dalam negara sudah cukup untuk menyediakan prasarana dan kualiti pendidikan yang terbaik.

"Cuma banyak isu operasi yang perlu diselesaikan termasuk soal penguatkuasaan bukan sahaja untuk menentukan pemberian visa, tetapi juga hubungan strategik dengan pemain-pemain industri untuk menjadikan Malaysia benar-benar menjadi hub pendidikan antarabangsa," katanya.