Menghidupkan kembali bas mini versi moden

Iklan
Bas mini yang akan digunakan untuk tempoh percubaan bagi laluan T300 hab Bukit Indah ke Ampang Point bermula 1 September ini.

SELEPAS 21 tahun mati, Rapid KL kelmarin membuat pengumuman mengejutkan untuk menghidupkan kembali perkhidmatan bas mini pada 1 September ini.

Perkhidmatan percubaan itu difahamkan dijadualkan beroperasi selama tiga bulan bagi laluan Bukit Indah ke Ampang Point di Selangor.

Iklan
Iklan

Menjadi salah satu perkhidmatan awam paling terkenal sekitar tahun 1980-an, operasinya ditamatkan pada tahun 1998.

Selepas itu, operasi bas di Lembah Klang diambil alih oleh syarikat swasta, IntraKota. Pengenalan semula perkhidmatan bas mini di ibu negara telah mendapat pelbagai reaksi rakyat.

Iklan

Bagi segelintir rakyat, ada yang tidak sabar menanti 1 September ini yang kebetulan pula jatuh pada hari Ahad untuk mencuba bas mini.

Manakan tidak, bas mini menjadi satu nostalgia bagi kebanyakan penghuni kota raya suatu ketika dulu.

Iklan

Jangan terkejut jika, Facebook dan Instagram ramai rakyat Malaysia Ahad ini akan dihujani foto-foto mereka yang sudah menaiki bas mini itu.

Namun, ramai yang teruja pada awalnya mula kecewa apabila rupa-rupanya bas mini yang diumumkan itu bukanlah bas mini merah jambu seperti zaman 1980-an.

Bas mini versi Rapid KL tampil lebih moden dan lengkap dengan pendingin hawa.

Namun, bagi sesetengah orang, pengumuman operasi bas mini Rapid KL itu tetap memberi tamparan kepada sektor pengangkutan awam negara.

Ketika dunia sedang memperkatakan mengenai pengangkutan awam pintar berasaskan aplikasi di telefon bimbit, MRT, LRT bahkan kereta terbang, tiba-tiba Malaysia bagaikan terperangkap dengan nostalgia lama bas mini.

Adakah kita sudah ketandusan idea untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam dengan balik semula ke zaman 80-an memperkenalkan bas mini?Seharusnya, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan lebih agresif dan inovatif untuk mencari penyelesaian terbaik isu-isu pengangkutan awam negara. Beberapa bulan menuju Wawasan 2020, kita tidak wajar terperangkap dan bermain dengan nostalgia.