100 pekerja asing ditahan tiada permit kerja sah

Iklan
Pekerja asing yang ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

KUALA LUMPUR - Seramai 100 pekerja asing ditahan dalam satu serbuan di tapak pembinaan sekitar Bukit Lanjan, di sini semalam.

Operasi dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu berikutan kerja dijalankan di tapak pembinaan terbabit tidak mematuhi syarat kelulusan perintah pembangunan DBKL.

Iklan
Iklan

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan berkata, Ops Tapak Siri 27 itu turut mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Tapak pembinaan yang diserbu semalam.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan bersepadu itu dijalankan bermula tengah hari semalam.

Iklan

"Pekerja asing terbabit ditahan JIM kerana bekerja tanpa permit yang sah. DBKL mengeluarkan empat notis kepada pemaju manakala satu kompaun dikeluarkan oleh pihak JKKP.

"Tindakan oleh DBKL dilaksanakan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133),” katanya.

Iklan

Menurutnya operasi bersepadu seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.