85 peratus kebakaran hutan di Gelang Patah sudah padam

Iklan
Gambar fail

JOHOR BAHRU - Sebanyak 85 peratus daripada 16 hektar hutan di Jalan Tanjung Kupang di Gelang Patah yang terbakar sejak 21 Ogos lalu berjaya dipadamkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Zon 1 JBPM Johor, Mohamad Faizul Selamat berkata, hujan lebat pada awal pagi tadi membantu operasi pemadaman hari ini.

Iklan
Iklan

"Setakat jam 3 petang ini, kita berjaya memadamkan 85 peratus kebakaran. Hujan yang lebat bermula jam 4 hingga 6 pagi membantu bomba dalam operasi pemadaman.

"Namun, pada tengah hari dan petang ini angin agak kuat dan cuaca panas tetapi operasi tetap berjalan dengan lancar dan terkawal,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Iklan

Menurutnya, operasi yang masuk hari ke-10 melibatkan seramai 140 anggota dan 30 aset JBPM yang turut dibantu pelbagai agensi lain dalam operasi dilakukan tanpa henti selama 24 jam. - Bernama

Iklan