Sejam tahan sakit tersepit dalam lori simen

Iklan
Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu yang tersepit di bahagian pemandu lori.

SEMENYIH - Seorang pemandu lori simen terpaksa menahan sakit lebih satu jam akibat tersepit selepas kenderaan dipandunya terbalik di Jalan Semenyih Sungai Lalang di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 2.49 petang sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bergegas ke lokasi.