Najib minta TH nafikan pembelian tanah TRX merugikan

Iklan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Tabung Haji (TH) menafikan tindakan TH membeli tanah TRX daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2015 adalah sesuatu yang merugikan.

Najib berkata, Pakatan Harapan (PH) pada waktu itu memfitnah langkah TH membeli tanah tersebut pada harga RM188 juta dengan alasan untuk menyelamatkan 1MDB.

Iklan
Iklan

"Ketika itu, saya pertahankan pembelian itu. Saya kata Tabung Haji akan untung. Mereka kata Najib bohong.

"Mereka kata Najib jahat kerana merompak wang Tabung Haji untuk 'bail-out' atau menyelamatkan 1MDB," katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Iklan

Menurutnya, awal tahun ini iaitu empat tahun selepas isu itu tercetus, TH sudah menjual tanah TRX dengan harga RM400 juta.

Katanya, melalui penjualan itu TH menerima keuntungan berganda berbanding pada harga pembelian iaitu RM188 juta.

Iklan

"Tak percaya? Suruh Tabung Haji nafikan. Siapa yang pernah percaya dan marah saya masa itu," katanya.