SUBANG - Sebuah gudang simpanan tilam hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan TUDM, Kampung Baru Subang di sini petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.53 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong, BBP Sungai Buloh, BBP Subang Jaya, BBP Shah Alam, BBP Pandan dan BBP Selayang bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan.
"Menurut komander operasi, kebakaran membabitkan hampir 50 peratus bahagian dalam gudang simpanan tilam yang berkeluasan 30 x 100 kaki persegi.
"Api berjaya dikawal pada jam 5.40 petang, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut,” katanya.