30,000 hadir Himpunan Perpaduan Ummah 2.0

Iklan
Najib bersalaman dengan salah seorang rakyat yang hadir pada Perhimpunan Ummah 2.0, malam tadi.

PASIR SALAK - Kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Himpunan Perpaduan Ummah 2.0 menjadi tumpuan puluhan ribu penyokong yang hadir pada perhimpunan berkenaan malam ini di sini.

Orang ramai dilihat mula hadir seawal jam 6.30 petang mengambil tempat di Dataran Dewan Besar, Pekan Rabu, Sungai Manik di sini sebelum program yang bermula tepat jam 9 malam itu berlangsung dengan aman selama kira-kira dua jam.

Iklan
Iklan

Terdahulu orang ramai yang hadir menunaikan solat Maghrib secara berjemaah diikuti solat hajat dan disambung dengan tazkirah ringkas oleh Husam Muhammad Baderudin dan solat Isyak.

Hadir sama pada himpunan kali kedua ini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan serta pimpinan pusat dan negeri kedua-dua parti berkenaan.

Iklan

Majlis himpunan dimulai ucapan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diikuti ucapan Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Salak, Mustaffa Shaari sebelum diteruskan dengan ucapan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Majlis diteruskan dengan ucapan Najib yang menjadi tumpuan hadirin sebelum diteruskan dengan ucapan Takiyuddin diikuti Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan diteruskan dengan ucapan Mohamad dan diakhiri oleh Ahmad Zahid.

Iklan

Kemuncak acara diteruskan dengan laungan merdeka dan bacaan doa oleh Ahmad Zahid diikuti nyanyian lagu Negaraku dan upacara menaikkan bendera Malaysia.