Seorang mangsa kebakaran ditemukan rentung

Iklan
Kebakaran itu memusnahkan 31 buah premis.

KUANTAN - Salah seorang mangsa kebakaran di Sungai Lembing ditemukan rentung selepas terperangkap dalam salah sebuah premis yang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Norhisham Mohamad berkata, identiti mangsa yang yang ditemukan jam jam 5.50 pagi itu belum disahkan setakat ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi mencari seorang lagi mangsa yang dikhuatiri terperangkap masih diteruskan.

"Berdasarkan maklumat terkini, kebakaran melibatkan 19 rumah kedai dua tingkat, 11 rumah kongsi setingkat dan sebuah perpustakaan awam.

Iklan

"Mesyuarat bersama penduduk sedang dijalankan untuk sahkan maklumat awal yang diterima",katanya.

Tragedi awal pagi itu turut melibatkan rumah salah salah seorang petugas media dari akhbar Sin Chew Daily, U y Siew Meng.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua mangsa terperangkap dalamm kebakaran 31 premis

Iklan