Akaun CEO Twitter digodam

Iklan
Jack Dorsey

SAN FRANCISCO - Twitter semalam memaklumkan akaun milik Ketua Pegawai Eksekutif, Jack Dorsey telah digodam susulan siri mesej tidak menentu yang bersifat perkauman dan menghina yang dimuat naik ke akaun beliau.

Ciapan yang antara lain mengandungi hinaan perkauman dan cadangan tentang sebuah bom muncul di akaun @jack yang juga pengasas bersama perkhidmatan pesanan ringkas itu selama lebih kurang 30 minit sebelum ia dipadam.

Iklan
Iklan

Beberapa ciapan turut mengandungi tanda pagar #ChucklingSquad yang dipercayai milik kumpulan penggodam.

Tanda pagar sama turut ditemukan ketika serangan terhadap beberapa personaliti media sosial terkenal sebelum ini.

Iklan

"Kami menyedari akaun @jack digodam dan sedang menyiasat apa yang berlaku," kata seorang jurucakap Twitter.

Firma internet berpengkalan di San Francisco itu kemudian memuat naik ciapan memaklumkan akaun Dorsey telah kembali pulih dan tiada petunjuk mengatakan sistem Twitter terjejas.

Iklan

Dalam pada itu, platform berkenaan dibanjiri komen mempersoalkan mengapa pengasas bersama Twitter itu tidak menggunakan pengesahan dua-faktor, di mana pengguna mengesahkan akaun menerusi perkhidmatan luar.

Insiden terbabit dikatakan petunjuk membimbangkan apabila Twitter gagal melindungi keselamatan akaun ketua eksekutifnya sendiri.- Reuters