Jangan sia-siakan usaha nenek moyang kita: Mukhriz
Iklan
Mukhriz (tengah) melaungkan 'merdeka' sebanyak tujuh kali seterusnya diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Tanggal 31 Ogos yang dinyanyikan beramai-ramai pada sambutan Ambang Merdeka 2019 di Pekan Rabu malam tadi. - Foto Mukhriz Mahathir FC
ALOR SETAR - Nikmat yang dikecapi semua rakyat Malaysia hari ini adalah hasil daripada usaha dan keringat nenek moyang terdahulu yang mengorbankan segala-galanya.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jangan disia-siakan apa yang telah mereka tinggalkan disebabkan perbezaan antara kita, sebaliknya perlu meraikan perbezaan itu bagi mewarnai masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan hidup penuh muhibah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, negara ini adalah milik semua kaum yang hidup harmoni bersama dan sebagai warganegara, semua rakyat mesti memelihara dan mempertahankannya daripada sebarang anasir yang boleh memecahbelahkan rakyat.
"Malaysia mesti dipertahankan bukan sahaja ancaman dari luar malah daripada anasir-anasir dalaman, suara-suara sumbang yang mengecam dan menghasut, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang meniup api perkauman serta menimbulkan prasangka dalam masyarakat.
Iklan
"Percayalah, tiada siapa yang akan beruntung kesudahannya nanti, yang menang jadi abu, yang tewas jadi arang," katanya pada sambutan Ambang Merdeka 2019 di Pekan Rabu, di sini malam tadi.
Mukhriz berkata, Malaysia, khususnya negeri Kedah telah menikmati pelbagai perubahan sejak negara mencapai kemerdekaan dan arus kemodenan yang dibawa oleh pemimpin masa lalu terus berkembang tanpa menggadaikan maruah serta nilai identiti negeri ini.
Iklan
Katanya, Kedah yang dikenali sebagai jelapang padi negara kini juga terkenal sebagai salah satu negeri yang memiliki kawasan perindustrian yang pesat membangun.
"Pengiktirafan dan keyakinan pelabur kepada negeri ini dapat dilihat dengan jumlah pelaburan yang dibuat di negeri ini.
"Terima kasih atas nikmat merdeka ini, rakyat berpeluang meneroka peluang dan bidang baharu. Daripada sektor asas seperti pertanian, perikanan dan perladangan, peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri ini berkembang kepada pelbagai industri berteknologi dan berkemahiran tinggi," katanya.
Sebelum itu, Mukhriz yang tiba diiringi isterinya, Tok Puan Norzieta Zakaria disambut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Ambang Merdeka, Mohd Asmirul Anuar Aris bersama barisan Exco Kedah.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam