PH rasai debaran peranan Pas: Nasrudin

Iklan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Dakwaan yang dilempar Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno dan Pas ‘berpeluk cium’ membuktikan kerajaan PH sedang merasai debaran terhadap peranan Pas dalam perkembangan politik.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pentas politik Malaysia hari ini kembali panas dengan perkembangan politik semasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ramai pihak mula melihat bagaimana gerakan politik Pas dewasa ini.

"Tidak ketinggalan pihak kerajaan sendiri, saya kira mereka mula merasai debar terhadap peranan Pas dalam perkembangan politik mutaakhir,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Nasrudin berkata, masing-masing pihak akan cuba membuat pelbagai kenyataan dan respon untuk mengekang pergerakan Pas dan kini parti ini pula dilihat sebagai satu cabaran besar untuk mereka.

Jelasnya, dengan siapa Pas akan membentuk kerjasama politik selayaknya tidak perlu dibimbangi oleh mana-mana pihak.

Iklan

"Matlamat dan objektif kerjasama itu pasti sahaja adalah untuk Islam dan umatnya serta untuk kebaikan rakyat seluruhnya.

"Layaknya yang rasa gusar dan resah terhadap perjuangan Islam yang digerakkan oleh Pas ialah pihak yang memusuhi Islam dan tidak mahu melihat Islam tegak dan umatnya kuat,” katanya.

Semalam, Muhyiddin semasa berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyatakan Umno dan Pas akan terus menabur fitnah perkauman dan agama semata-mata untuk memburukkan kerajaan PH di mata umat Islam.