Pasangan kekasih ditahan bawa 10kg daun ketum

Iklan
Daun ketum yang dirampas daripada pasangan kekasih tersebut.

KEPALA BATAS - Polis merampas 10 bungkusan disyaki mengandungi daun ketum sebanyak 10 kilogram (kg) di Jalan Pinang Tunggal di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pada jam 1.30 pagi, sepasukan polis dari Op Cegah Jenayah Balai Polis Kepala Batas mengejar sebuah kereta jenis Perodua Kenari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis telah mengejar kereta tersebut dari Jalan Bumbung Lima hingga Jalan Pinang Tunggal.

"Ketika tiba di Jalan Pinang Tunggal, kereta dipandu seorang lelaki bersama teman wanitanya itu terbabas di tali air. Hasil pemeriksaan di tempat duduk belakang menjumpai 10 bungkusan plastik.

Iklan

"Di dalam semua bungkusan itu mengandungi daun hijau disyaki ketum seberat 10kg. Lelaki berusia 23 tahun dan teman wanitanya berusia 20 tahun yang tidak bekerja itu ditahan reman untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati daun ketum yang dirampas adalah untuk kegunaan sendiri dan bernilai RM300.

Iklan

"Ujian saringan dadah ke atas lelaki itu positif syabu manakala teman wanitanya negatif. Suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 3 September untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.