MUN2019 perkasa industri halal, kutip RM1 juta

Iklan

SERDANG - Minggu Usahawan Nasional (MUN2019) mencatatkan hampir 45,000 pengunjung dan peserta dengan jualan tunai terkumpul berjumlah RM1 juta sepanjang tiga hari acara.

MUN2019 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) ini menampilkan industri halal, penternakan daging arnab, jualan harga patut koperasi, industri fesyen dan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Nasional sebagai tumpuan utama.

Iklan
Iklan

Program julung kali ini juga telah mencatat potensi jualan sebanyak RM24.67 juta dengan 245 sesi padanan perniagaan setakat jam 2.30 petang hari ini melalui SDSI Nasional sepanjang acara berlangsung.

MED dalam satu kenyataan berkata, bagi menterjemahkan komitmen kementerian menerusi industri halal, beberapa siri Pocket Talks dan Halal Lab dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Halal Development Corporation (HDC), Jabatan Standard Malaysia serta institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Iklan

"Bagi membudayakan keusahawanan bidang halal, Halal Explorace dan HALALopoly dilaksanakan dengan penyertaan seramai 150 pelajar IPT dan sekolah," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, MED turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan menerusi program Siswapreneur untuk melahirkan usahawan terdiri daripada lulusan IPT dalam pelbagai bidang perniagaan seperti peruncitan, pertanian, agrokultur, teknologi kejuruteraan, teknologi komunikasi dan maklumat, industri kreatif dan multimedia, sukan serta sebagainya.

Iklan

"Selain itu, siri Pocket Talks keusahawanan turut membawakan selebriti terkenal tanah air seperti Faizal Tahir menerusi sesi Jom Rojak Bersama Faizal Tahir dan Datuk Fazley Yaacob dalam demo masakan halal.

"Institut Koperasi Malaysia, agensi di bawah MED turut membuka ruang dan peluang kepada usahawan dalam bidang penternakan arnab bagi produk hiliran seperti burger dan sate daging arnab," katanya.