Bahasa kebangsaan satukan pelbagai kaum

Iklan
Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia menyertai perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2019. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Bahasa kebangsaan perlu dijadikan sebagai bahasa perpaduan dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, ia juga dapat merapatkan lagi jurang kefahaman antara kaum.

Iklan
Iklan

"Ungkapan ‘bahasa jiwa bangsa’ yang sering disebut-sebut pejuang bahasa kebangsaan di negara ini ada kebenarannya. Bila sesuatu manusia itu fasih berbahasa kebangsaan di negaranya sedikit sebanyak dapat merapatkan perpaduan.

"Sebab itu di UK atau di USA pun semua perlu berbicara dalam bahasa Inggeris walaupun di sana ada ‘Chinatown’. Begitu juga bukan bumiputera di Kelantan dan Sabah yang jarang kedengaran konflik antara kaum.

Iklan

"Jawapannya adalah bahasa seharian yang digunakan dalam komunikasi mereka. Cina Kelantan yang fasih berbahasa Melayu loghat Kelantan sudah tentu lebih mesra berdampingan dengan Melayu Kelantan. Manakala di Sabah pula semuanya dianggap ‘Sabahan’ jika mampu bertutur fasih dalam loghat negeri tersebut,” katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat terutama orang Melayu supaya lebih menghargai bahasa kebangsaan.

Iklan

"Orang Melayu sendiri perlu menghargai asal-usul nenek moyang mereka dengan tidak mencemari bahasa kebangsaan dengan istilah-istilah rojak atau mengikuti nada mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu sebenar.

"Melayu perlu hargai peninggalan sejarah lama termasuk warisan pakaian, permainan, seni dan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam (yang tidak ditafsir secara tegar) bagi menjadi pejuang semangat kebangsaan demi perpaduan di negara ini,” katanya.