Tiada dinding pemisah api, bangunan lama punca api cepat merebak

Iklan

KUANTAN - Tiada dinding pemisah api dan binaan papan antara punca api merebak dengan cepat sehingga memusnahkan 33 unit termasuk sebuah perpustakaan dalam kejadian kebakaran di Sungai Lembing di sini, semalam.

Pengarah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi semalam pihak bomba berjaya mengawal kebakaran selepas setengah jam tiba di lokasi dan operasi tamat sekitar jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik tiba api merebak dengan cepat dan telah membakar bangunan keempat.

"Struktur binaan tersebut merupakan bangunan lama yang tidak mempunyai dinding pemisah api.

Iklan
Nor Hisham (kiri), Wan Mohd Nazlis

"Jarak jauh antara Indera Mahkota dan Sungai Lembing juga antara kekangan dihadapi pasukan bomba. Namun tindakan Pasukan Bomba Sukarela yang tiba di sana dengan cepat, pantas dan berani wajar dipuji.

"Peralatan beroperasi dengan baik tetapi tidak dapat kekang api di semua arah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Bomba Pahang, Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata, pasukannya memberikan fokus siasatan punca kebakaran dan pencarian satu lagi mangsa yang dipercayai maut dalam kebakaran tersebut.

Menurutnya, saksi-saksi dipanggil untuk memberikan maklumat mengenai kejadian kebakaran dan siasatan masih diteruskan.

Keadaan bangunan blok ketiga yang menempatkan perpustakaan.

Kejadian itu melibatkan blok pertama yang menempatkan rumah kedai dua tingkat di mana 12 unit musnah antara 90-98 peratus.

Blok kedua yang merupakan rumah kedai dua tingkat pula menempatkan 10 unit dengan enam daripadanya musnah sehingga 90 dan 98 peratus manakala dua unit selamat.

Blok ketiga menempatkan 12 unit rumah teres dua tingkat dan sebuah perpustakaan terbakar antara 10 hingga 98 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua mangsa terperangkap dalam kebakaran 31 premis

Seorang mangsa kebakaran ditemukan rentung

Identiti suami isteri maut kebakaran dikenal pasti