Tun Siti Hasmah dianugerahkan Tokoh Negara

Iklan
Tun Siti Hasmah - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Negara oleh Srikandi Bersatu.

Anugerah itu diumumkan selepas ucapan penggulungan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun di Perhimpunan Agung Bersatu di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Anugerah disampaikan Rina kepada Siti Hasmah yang diwakili anaknya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir disaksikan seluruh perwakilan Srikandi Bersatu.

Siti Hasmah adalah penerima sulung anugerah berkenaan. Anugerah itu sebagai menghargai jasa serta semangat juang yang tinggi beliau kepada negara sehingga memberi inspirasi kepada Srikandi Bersatu.

Iklan
Iklan