Misi Bersatu kukuhkan parti

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PERHIMPUNAN Agung Bersatu kali ke-2 berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ia merupakan perhimpunan kali ke-2 buat Bersatu selepas PRU14 lalu.

Iklan
Iklan

Dalam perhimpunan kali ini, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membawa satu mesej yang jelas buat ahli dan pemimpinnya.

Ikuti wawancara Sinar Harian bersama Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

Iklan

Memandangkan Bersatu akan mula memasuki perhimpunan agung kedua nanti, bagaimana Tun melihat parti hari ini?

Pada PRU14, Bersatu tidak dalam keadaan baik kerana tidak berdaftar di bawah kerajaan lama dan terpaksa bertanding menggunakan logo PKR. Di sesetengah tempat, masyarakat tidak faham bahawa calon dari Bersatu, tetapi menggunakan logo PKR. Jadi mereka fikir kita adalah PKR dan mungkin disebabkan itu, mereka tidak undi kita. Jadi kita hilang banyak kerusi. Sekarang kami adalah parti yang berdaftar, kami boleh tunjukkan bendera dan logo Bersatu, tetapi apabila bertanding pilihan raya, kami bertanding di bawah logo PH.

Iklan

Menyentuh berkaitan perhimpunan ini, bagaimana pandangan Tun selaku Perdana Menteri?

Perhimpunan Agung Bersatu ini belum lagi tersusun rapi kerana pemimpin Bersatu sekarang ini dilantik di waktu kita menubuhkan parti jadi mereka bukan dipilih oleh penyokong di bahagian-bahagian. Jadi kita akan adakan mesyuarat agung lagi untuk menukar perlembagaan supaya kita boleh tubuh cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian. Kemudian kita akan adakan lagi sekali mesyuarat agung maka wakil mesyuarat itu akan datang daripada pemimpin bahagian yang dipilih, jadi itu cara kita buat cara tersusun. Ada juga cadangan supaya kita membenarkan setiap ahli membuat pemilihan, dan kita dapati sistem itu terbuka kepada macam-macam masalah. Jadi di waktu ini meskipun kita akan pinda perlembagaan parti, tetapi kita masih terbuka untuk memilih perlembagaan yang lebih sesuai. Jadi kali ini meskipun kita ada mesyuarat agung, tetapi ahli yang datang ini dipimpin oleh mereka yang dilantik.

Sistem pemilihan bagaimana yang Tun rasa sesuai untuk Bersatu?

Saya berpendapat bahawa '1 men 1 vote' ini susah. Lebih baik kita guna cara mungkin nampak sama dengan Umno tapi kita akan ada kreteria-kreteria berlainan. Dalam BN, Umno kuat. Jadi dalam PH, ada empat parti. Bagaimana pula kedudukan Bersatu terutama dalam skop penerimaan orang Melayu? Boleh dikatakan ramai Melayu sertai Umno, kemudian Umno hilang sokongan apabila ada masalah. Saya kena tinggalkan Umno dan bina parti baharu, kerana kami ada objektif yang sama untuk turunkan pentadbiran Najib. Orang Melayu mahukan parti yang kukuh, Bersatu parti Melayu, mereka akan sertai Bersatu. Jika mereka tidak sertai Bersatu, tak akan mereka hendak sertai Umno kerana Umno sudah 'habis'. Melayu perlu di bawah satu bumbung, jadi mereka cari parti untuk berteduh mereka tidak akan sertai PKR kerana tidak terima kepelbagaian, begitu juga Amanah, DAP, kerana kepelbagaian jadi apa pilihan mereka.

Apakah agenda yang disampaikan nanti?

Kita akan beritahu kepada rakyat keseluruhannya dalam perhimpunan agung ini iaitu kita sudah pun dapat menyusun kerajaan. Itu ramai orang tak menghargai, tetapi menyusun kerajaan daripada lima buah parti bekerjasama dalam Kabinet (Bersatu, PKR, Amanah, DAP dan Parti Warisan Sabah), bukan satu perkara mudah. Saya orang luar, diterima sebagai Perdana Menteri. Fakta di situ, yang orang tak boleh nafi ialah sekarang ini ada kerajaan dan kerajaan ini berfungsi iaitu kita membahagi kerja, kementerian dan sebagainya. Kita telah mencapai banyak kemajuan yang kita tak umum kepada orang lain. Pertamanya, kita dapati bahawa 'civil service' (kakitangan kerajaan) sudah dihasut oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Perdana Menteri) sehingga mereka terlibat dengan rasuah, pencurian duit, memihak kepada kerajaan BN, orang itu kita perlu singkir. Kalau kita pindah dia ke tempat lain, kita kena ganti dia dengan orang baharu. Walaupun sukar, hari ini kita dapati kerajaan ini dapat berfungsi.

Berkenaan dengan soal kewangan, kita percaya kita dapat kurangkan hutang lebih RM1 trilion yang dibuat oleh Najib. Kesannya bila kita bayar hutang, kita tak ada cukup duit untuk beri pada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan lain-lain. Itu bukan cara kita. Kita akan tolong orang yang miskin, tetapi bukan bagi secara umum kepada semua. Kita telah buat pelbagai perkara yang kalau kita banding dengan negara lain, tak mungkin dibuat. Biasanya negara lain apabila bertukar kerajaan, ada rusuhan, ada percubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan sebagainya, tak berlaku di sini.

Adakah Bersatu jadi parti yang pertahankan hak orang Melayu?

Kalau tidak Bersatu, siapa? Nak masuk Umno boleh masuk Umno, tapi orang sudah tolak kerana penyangak, hendak pergi ke mana? Kamu boleh masuk Bersatu, kita tidak beri tempat kepimpinan pada mereka, tapi yang bersih bukan daripada Umno kita beri tempat, kita sahaja parti Melayu yang ada. Kalau mereka hendak parti Melayu, Bersatu sahajalah yang ada. Kalau Bersatu tidak baik, bagi jadi baik.

Bersatu menerima bekas wakil rakyat Umno baru-baru ini, apa alasan di sebaliknya?

Kita tidak boleh mengecam semua ahli Umno atas kesilapan dibuat pemimpinnya. Sebahagian mereka komited, sebahagian lagi tidak. Individu-individu ini hanyalah pengikut dan tidak terlibat dengan polisi Umno atau memimpin Umno. Mereka merasakan Umno sudah tidak mengikut prinsip parti, jadi mereka mahu keluar (Umno). Mereka masih berminat dalam politik. Ada antara mereka telah bertemu saya dan menyatakan janji mereka ingin menyertai Bersatu tetapi mereka tidak akan cuba mendapatkan apa-apa kedudukan dalam parti. Kami memberitahu mereka, untuk menyertai Bersatu, ada syarat-syaratnya (yang harus mereka penuhi). Pertama, mereka mesti tinggalkan Umno, perlu jadi bebas untuk tempoh masa tertentu atau tempoh yang pendek. Sepanjang waktu itu, mereka perlu tunjukkan bahawa mereka menyokong kerajaan. Kami akan pertimbangkan juga melalui hasil pemerhatian tingkah laku mereka. Mereka boleh sertai Bersatu, tetapi tiada jawatan di dalamnya. Hanya sebagai ahli Bersatu. Mereka ada pengikut. Pada pilihan raya sebelum ini, kaum Melayu menyokong Umno. Umno masih popular di mata sebahagian kaum Melayu.

Bagaimana dengan suara rakan-rakan PH yang bimbang dalam isu penyertaan bekas ahli Umno dalam Bersatu?

Mereka ambil berat pasal hal ini dan kami juga sama. Kami tidak mahu (orang) memberikan tanggapan bahawa Umno mengambil alih Bersatu atau mana-mana parti dalam PH. Kami amat serius dalam proses saringan individu-individu ini. Saya rasa, di kawasan luar, mereka masih lagi mempunyai pengaruh. Jika kita tolak mereka, kita mungkin juga akan 'menolak' pengundi. Mereka boleh membawa sebahagian pengundi (pada Bersatu) dan saya rasa ia akan menguatkan lagi Bersatu dan PH.