PHOENIX: Suspek tembakan rambang di Midland dan Odessa, Texas pada Ahad dikenal pasti sebagai Seth Ator, 36.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Odessa, Michael Gerke dalam sidang medianya berkata polis sudah mengetahui identiti pelaku pada hari kejadian namun enggan memberitahunya kepada media atas alasan tidak mahu mensensasikan perbuatan keji suspek.
Iklan
Iklan
Nama penembak itu bagaimanapun dimaklumkan kemudian di akaun Facebook Jabatan Polis Odessa.
Gerke mengesahkan tujuh mangsa berusia di antara 15 dan 57 terkorban manakala 22 yang lain pula cedera dalam kejadian itu.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan suspek tiada kaitan dengan kumpulan pengganas dan bertindak sendirian. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN: Lima terbunuh, 21 cedera dalam serangan tembakan di Texas