Gaji tertunggak: Janji selesai 60 hari

Iklan
Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) akan menyelesaikan gaji tertunggak pemainnya dalam tempoh yang ditetapkan Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presidennya, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, tempoh 60 hari yang diberikan mencukupi untuk PFA menyelesaikan bayaran tertunggak kepada pemain.

Iklan
Iklan

"PFA sudah melantik peguam untuk menyelesaikan masalah ini dan saya akan menemui FAM dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

"MFL dalam satu kenyataan semalam mengesahkan skuad Singa Utara itu boleh beraksi dalam Liga Premier (Liga Perdana) 2019 namun perlu menyelesaikan tunggakan gaji pemainnya.

Iklan

Menurut MFL sekiranya PFA gagal, skuad kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid itu tidak akan diberi dana FAM dan MFL untuk musim depan dan wang berkenaan akan digunakan membayar tunggakan gaji pemain.

Mengenai pembelian pemain Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Ahmad Amizal Shaifit berkata, PFA telah menutup pintu rundingan kerana kos yang perlu dijelaskan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak mampu dijelaskan oleh PFA.

Iklan

Sementara itu Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam kenyataan Facebooknya malam tadi memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta bagi membaiki dan menaiktaraf lampu Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar. - Bernama