ATM sentiasa peka kawal perairan Pulau Perak

Iklan
Mohamad ketika meninjau ke Pulau Perak hari ini.

SHAH ALAM - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa peka dan siap siaga dalam menjalankan pemantauan di perairan negara supaya tidak diceroboh termasuk di perairan Pulau Perak, Kedah.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, terdapat seorang pegawai dan 15 anggota lain-lain pangkat (LLP) menjalankan pemantauan di perairan tersebut pada setiap masa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini bagi memastikan keselamatan perairan negara ini daripada diceroboh sama ada oleh nelayan asing, lanun mahupun tentera luar yang masuk ke sempadan negara secara tidak sah.

"Saya telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Perak dan pada lawatan ini saya telah diberi taklimat ringkas Op Pejarak (Pulau Perak) dan dibawa meninjau keadaan sekitar penempatan di sini.

Iklan
Mohamad dibawa melawat ke sekitar penempatan di sini.

"Saya cukup kagum dengan semangat dan kesungguhan ditunjukkan oleh anggota-anggota kita yang bertugas di sini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut hadir, Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah dan Panglima 6 Briged Brig Jen Datuk Mohd Halim Khalid.

Iklan

Tambahnya, dengan demografi pulau ini yang berbukit, berbatu, curam tidak berpantai malah berada jauh lebih 65 batu nautika dari daratan, pegawai dan anggota ATM tetap menjalankan tugas menjaga keselamatan dan kedaulatan negara dengan sebaiknya.

"Suka saya tegaskan sekali lagi bahawa anggota ATM sama ada di daratan, lautan mahupun di udara, sentiasa bertugas dan berada dalam keadaan siap siaga pada setiap masa demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara tercinta ini,” katanya.