Ekspo kerjaya, keusahawanan beri manfaat kepada rakyat

Iklan
Noor Amin Ahmad

KANGAR - Ekspo Kerjaya, Keusahawanan, Pendidikan dan Pertanian anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kangar memberi maklumat dan pengetahuan kepada rakyat di negeri ini tentang cara untuk meneroka bidang-bidang baharu yang boleh membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk institusi pendidikan tinggi awam dan swasta turut serta dalam ekspo ini.

Iklan
Iklan

"Saya hendak dekatkan pelbagai agensi ini kepada rakyat supaya mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Ekspo yang diadakan selama dua hari bermula hari ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainuren Mohd Nor. - Bernama

Iklan
Iklan