Israel, Hizbullah saling balas serangan

Iklan
Hizbullah mendakwa serangan tersebut mengorbankan dan mencederakan mereka yang berada dalam kenderaan tentera terbabit, namun dinafikan Israel.

BEIRUT - Gerakan Hizbullah dan Israel dilaporkan saling berbalas tembakan di sepanjang sempadan Lubnan semalam di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara tersebut.

Israel dalam satu kenyataan mendakwa ia bertindak balas dengan membedil 100 peluru artileri selepas Hizbullah membedil dua atau tiga misil antikereta kebal menyasarkan ibu pejabat batalion dan ambulans tentera.

Iklan
Iklan

Tel Aviv juga menafikan dakwaan Hizbullah bahawa serangan dilancarkan mereka telah mengorbankan dan mencederakan mereka yang berada dalam kenderaan tentera terbabit.

"Kami sedang berunding tentang langkah seterusnya. Saya telah mengarahkan supaya bersedia dengan sebarang situasi,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Iklan

Terdahulu, Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri turut menghubungi pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis untuk menggesa campur tangan masyarakat antarabangsa terhadap krisis itu.

Jabatan Negara AS bagaimanapun menyatakan sokongan terhadap hak Israel kononnya untuk mempertahankan diri.

Iklan

"Hizbullah sepatutnya mengelakkan sebarang langkah permusuhan yang mengancam keselamatan, kestabilan dan kedaulatan Lubnan,” katanya. - Agensi