PORT DICKSON - Seorang pemandu lori direman empat hari bermula 31 Ogos lepas, bagi membantu siasatan berhubung komen jelik di laman media sosial Facebook, 29 Ogos lepas.
Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed dalam kenyataan di sini malam ini berkata, lelaki berumur 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 502(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.