Video nahas ambulans di lorong kecemasan tular di Facebook

Iklan
Klip video memaparkan pemandu dari arah kanan memasuki lorong kecemasan sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan sebuah ambulans.

SHAH ALAM - Tular di media sosial rakaman kamera video papan pemuka kereta atau 'dashcam' susulan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Karak arah Bentong ke Tol Gombak melibatkan sebuah ambulans dan kereta pacuan empat roda semalam.

Rakaman itu dimuat naik menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/Polis mendapat 1,900 komen dan 1,600 perkongsian sehingga jam 8.34 malam hari ini.

Iklan
Iklan

Berdasarkan video yang dikongsi oleh netizen (Kredit video: Raymond Ng) itu, menyaksikan pemandu dari arah kanan memasuki lorong kecemasan sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan sebuah ambulans.

"Rakaman dashcam kes kemalangan berlaku semalam dari Genting menuju ke Tol Gombak," kongsi Info Roadblock JPJ/Polis.

Iklan

Sementara itu di media sosial, netizen turut menyelar tindakan pemandu yang melanggar peraturan sehingga berlaku kemalangan.

Nurul Asyikin meninggalkan komen,"tolonglah kenakan tindakan yang berat kepada pemandu bebal itu... Info dalam ambulans itu ada pesakit ke? Semoga baik-baik sahaja keadaan yang berada dalam ambulans itu," tulisnya.

Iklan

Rafiq Fizri menulis,"masih ada lagi yang hendak gunakan lorong kecemasan, tak pasal-pasal langgar ambulans itu," kongsinya.

Deshon Max pula menulis,"hukuman berat seperti denda dan lesen memandu digantung untuk tempoh beberapa tahun perlu dilaksanakan kepada pemandu atau pesalah sebagai pengajaran kerana terlalu ramai pemandu di luar sana melakukan perkara sama," katanya.