Kanak-kanak dikhuatiri lemas jatuh lombong

Iklan
Anggota penyelamat sedang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Gambar kecil, Mohd Zafran Akhasa Mazlan.

BATU GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lombong di sebuah resort di Tanjung Tualang, di sini hari ini.

Mangsa, Mohd Zafran Akhasa Mazlan, 4, dipercayai terjatuh ke dalam lombong selepas selipar dipakainya ditemui terapung di lombong berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut sumber terdekat, mangsa dikatakan bermain sendirian ketika ibunya sedang bekerja sebagai tukang masak di resort terbabit.

"Ibunya menyedari kehilangan anaknya itu dan mencarinya sebelum terjumpa selipar anaknya terapung di dalam lombong," katanya.

Iklan

Sementara itu, Pegawai Operasi Zon 1, Bomba Perak, Mohd Jamaluddin Mat Yusop ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 6 petang tadi.

"Kejadian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dan operasi mencari masih dijalankan oleh pasukan bomba melibatkan pencarian di permukaan air.

Iklan

"Memandangkan sudah malam operasi mencari di dasar lombong akan dimulakan esok pagi oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA)," katanya.