KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari Pengkalan Perahu Tambang Kabong, Saratok, kira-kira lima jam perjalanan darat dari sini hari ini, sudah memasuki hari keenam, namun ia masih tidak membuahkan sebarang hasil.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi mencari Nur Syahadah Fatihah Imam 10, hari ini yang dimulakan seawal pukul 7.15 pagi, ditangguhkan pada kira-kira pukul 5 petang.