Australia lucut kerakyatan jihadis perekrut Daesh

Iklan
Neil Prakash

CANBERRA - Kerajaan Australia telah melucutkan kerakyatan jihadis paling dikehendaki, Neil Prakash yang disifatkan sebagai 'individu paling berbahaya' di negara itu.

Langkah itu diumumkan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Peter Dutton selepas risikan mendapati Prakash, 27, adalah perekrut untuk kumpulan militan Daesh selain menggalakkan plot keganasan di Australia.

Iklan
Iklan

"Jika diberi 'peluang' Prakash akan mendatangkan bahaya atau membunuh orang awam tidak berdosa," katanya.

Dia kini ditahan di Turki di mana lelaki tersebut berdepan perbicaraan berhubung dakwaan berkaitan keganasan.

Iklan

Di Australia, Prakash didakwa menjadi anggota pertubuhan pengganas dan menyokong serta mempromosikan Daesh.

Prakash meninggalkan negara itu untuk menyertai perjuangan di Syria pada 2013 dan turut menggunakan nama Abu Khaled al-Cambodi serta pernah dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di Mosul pada 2015. - BBC

Iklan