Kes langgar lari: Pemandu pacuan empat roda dicari

Iklan

BEAUFORT - Polis sedang menjejaki pemandu sebuah kereta pacuan empat roda yang terlibat dalam kes langgar lari yang menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di Kilometer 8 Jalan Beaufort - Papar, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, dalam kejadian pada 6.30 petang itu, mangsa seorang lelaki, Sukarno Pulalon, 35, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika kereta pacuan empat roda yang dipercayai jenis Toyota Hilux berwarna hitam itu dalam perjalanan dari arah Papar menuju ke arah Beaufort.

Kenderaan itu dipercayai melanggar mangsa yang sedang melintas jalan dari arah kanan ke kiri jalan dan kemudian bertindak meninggalkan tempat kejadian, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Iklan

Azmir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan bedah siasat mayat mangsa akan dilakukan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu polis terutama untuk mengesan pemandu terlibat. - Bernama

Iklan