KUANTAN - [DIKEMASKINI] Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan menerima dan menyimpan harta curi empat tahun lalu.
Mohd Fadli Ahmad, 29, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistert Nurul Farahah Mohd Suah.
Dia didakwa dengan curang telah menerima atau menyimpan harta curi secara tidak jujur RM197,000 keupayaan Chan boon Hwa, 62, dengan memasukan wang itu ke dalam akaun miliknya.
Perbuatan tersebut dilakukan olehnya di Cimb Jalan Beserah antara 8 pagi hingga 11.59 malam pada 29 Januari hingga 13 April 2016.
Mohd Fadli didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara dari enam bulan hingga lima tahun dan boleh dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azreen Wan Zaid menawarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam, Mohd Faiza Hiqram Azmi mewakili tertuduh meminta ikat jamin dikurangkan atas alasan tertuduh mempunyai pendapatan kasar sekitar RM2,000 dan menyara isterinya.
Majistert Nurul Farahah membenarkan ikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga menetapkan 19 September depan sebagai sebutan kes.