Pengurus jualan didakwa pecah amanah RM31,550

Iklan
Li Fung didakwa melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM31,550 di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

KUANTAN - Seorang kakitangan bahagian jualan kedai perkakasan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini kerana menyalahgunakan 10 keping cek milik majikan untuk kegunaan sendiri.

Lee Li Fung, 52, didakwa melakukan kesalahan itu antara Julai hingga Oktober tahun lalu di kedai milik majikannya di Jalan Beserah di sini membabitkan jumlah keseluruhan RM31,550.

Iklan
Iklan

Pendakwaan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Iklan

Hakim menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 3 Oktober depan.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Iklan