Rugi jika lanjut had usia persaraan

Iklan
Azhar Kamaruzaman

GUA MUSANG - Kerajaan diminta untuk menurunkan had usia persaraan kepada 55 tahun dan bukannya melanjutkan daripada 60 ke 65 tahun bagi menjamin produktiviti negara lebih positif.

Ahli Parlimen Belia Kelantan, Azhar Kamaruzaman berkata, kerajaan juga dituntut memberi keputusan terbaik demi kepentingan semua pihak berhubung kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran yang mahu memperhalusi cadangan had umur itu.

Iklan
Iklan

"Alasan beliau (Kulasegaran) merujuk negara maju seperti Singapura yang mengamalkan polisi persaraan umur 65 tahun adalah tidak masuk akal. Jika dianalisa dari segi demografi Singapura, tidak adil untuk serap ke negara kita.

"Singapura mengambil polisi itu dengan melihat nisbah peluang pekerjaan mereka yang begitu tinggi, manakala bilangan penduduk masih rendah. Kebergantungan pekerja asing begitu tinggi tidak kiralah pekerjaan sektor korporat mahupun buruh kasar," katanya.

Iklan

Menurutnya, peratusan pengangguran belia di Singapura hanyalah 5.9 peratus berbanding Malaysia iaitu 10.7 peratus dan ia satu unjuran peratusan yang sangat membimbangkan

"Sekiranya cadangan ini diterima, adakah mekanisme ini terbaik bagi menampung pendapatan hidup sedangkan pengurusan kewangan tidak diubah. Kita sedia maklum pekerja boleh ambil simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usia 55 tahun lagi.

Iklan

"Maka sepanjang tempoh selepas 55 tahun, mereka perlu cekap menguruskan kewangan bagi menghadapi kehidupan akan datang. Menteri perlu meneliti sudut pandang produktiviti negara," katanya.

Azhar berkata, belia perlu diberikan kepercayaan untuk mengemudi sektor korporat dan birokrat dengan peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat berdasarkan merit.

"Saya beliau bukan mahu menidakkan kemampuan dan kapasiti golongan senior dalam sektor pekerjaan yang kaya pengalaman tapi sudah tiba masa untuk kerajaan pandang ke depan kerana negara memerlukan khidmat belia yang bertenaga dan memiliki idea baru," katanya.