Perpaduan melalui makanan warisan

Iklan
Chef Ismail

KUALA LUMPUR - Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Tukang masak terkenal, Datuk Chef Ismail berpandangan, kemampuan sesuatu makanan warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah tidak dinafikan.

Iklan
Iklan

"Makanan warisan seperti nasi lemak, rendang, roti canai, teh tarik, nasi kandar, char kuetiau dan dimsum seperti yang kita tahu adalah menu terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan dimakan oleh semua rakyat.

"Misalnya pada bulan puasa, bukan setakat orang Islam yang datang mencari makanan tetapi pelbagai kaum didapati mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan beberapa jenis makanan warisan. Inilah situasi contoh makanan telah menyatukan bangsa,” katanya.

Iklan

Tambah Chef berkenaan, aspek penyatuan bangsa melalui makanan juga dapat dilihat pada beberapa jenis makanan warisan yang berasal daripada budaya orang India dan Cina tetapi popular dalam kalangan orang Melayu. Begitu jugalah sebaliknya.

"Pada masa kini, saya dapati sesuatu kaum mengunjungi sesebuah restoran untuk menikmati hidangan yang kebiasaannya dimakan bangsa lain.

Iklan

"Contohnya di Restoran Rebung milik saya yang menitik beratkan makanan warisan.

"Dodol dan wajik ialah makanan tradisi orang Melayu yang diminati pelbagai bangsa seperti orang India dan Cina yang datang ke restoran saya untuk menikmatinya,” kata Chef Ismail.