Kempen boikot produk bukan Islam tidak waras: Guan Eng

Iklan
Lim Guan Eng - Foto Bernama

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kempen boikot barangan orang bukan Islam/bukan Bumiputera adalah tidak waras dan tidak wajar kerana ia bakal menjejaskan perpaduan rakyat dan negara serta merugikan kepentingan pengguna dalam mendapatkan harga dan mutu kualiti terbaik.

"DAP yakin rakyat Malaysia tidak membenci antara satu sama lain atau mahukan perpecahan. Agama juga tidak mengajar kita marah, boikot-memboikot dan benci semata-mata kerana berbeza kaum atau bangsa, hanya parti pembangkang.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, DAP ingin menyahut seruan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghentikan kempen boikot barangan bukan Islam/bukan Bumiputera agar tidak mencetuskan kemarahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Dr Mahathir menganggap gerakan memboikot barangan bukan Bumiputera atau sebaliknya adalah tindakan cetek yang hanya menimbulkan kemarahan.

Iklan
Iklan

Katanya, tindakan memboikot produk tidak memberikan sebarang kesan cuma membangkitkan api kemarahan.

ARTIKEL BERKAITAN Boikot produk tindakan cetek: Tun M