Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

Iklan
Lokasi dua beradik dikhuatiri lemas.

PASIR MAS - Dua beradik dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Hujung Galok, Chetok, di sini petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 5.45 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zulfitri Nor Zahri, 11, dan adiknya Nur Afifah, 8.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penguasa Bomba Mohd Nazri Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.04 petang.

"Seramai lapan anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa," katanya.

Iklan

Menurutnya, bagaimanapun SAR ditangguhkan pada jam 7.30 malam tadi kerana cuaca gelap.

Katanya, SAR akan kembali disambung esok bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Iklan