Floria tarik 50,000 pelancong dalam tempoh tiga hari

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Majlis Perasmian Royal Floria Putrajaya 2019 di Taman Botani, Sabtu lalu.
PUTRAJAYA - Festival bunga antarabangsa, Royal Floria Putrajaya (RFP) yang berlangsung di Taman Botani, Presint 1 di sini berjaya menarik kedatangan lebih 50,000 pelawat sejak dibuka Sabtu lepas.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, tarikan yang ada di Floria boleh menarik minat pelancong asing untuk datang lagi ke sini tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

"Floria ini seronok pasal dia bagi kita hiburan siang dan malam. Seperti di Taman MOTAC ( Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya), kita ada persembahan tarian kebudayaan dan demonstrasi masakan tradisional.

Iklan
Iklan

"Pelawat yang datang ke sini nampak bunga yang cantik-cantik, persembahan tarian... jadi mereka sukalah," katanya kepada media selepas menghadiri acara demo masakan warisan istana oleh Chef Selebriti Norzailina Nordin, di sini hari ini.

Mengetengahkan orkid dan bonsai sebagai tema utama pameran, RFP dibuka kepada pelawat bermula Sabtu lepas hingga 8 September ini. - Bernama

Iklan
Iklan