LONDON - Mata wang Pound Britain dilaporkan jatuh di bawah AS$1.20 hari ini, pertama kali sejak tahun 2017 susulan kemungkinan pilihan raya umum di tengah-tengah kemelut Brexit.
Pound Sterling mencecah AS$1.1972 sekitar 6.40 pagi (waktu tempatan) di saat Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berdepan tentangan Ahli Parlimen partinya sendiri, Parti Konservatif berhubung strategi Brexitnya yang mungkin menyebabkan pilihan raya umum awal bulan depan.