KUALA LUMPUR - Isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskrimasi Kaum (ICERD) telah dibawa kepada pertimbangan Jabatan Peguam Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.
"Sekiranya ada ‘condition’ (syarat) untuk Malaysia membuat ‘adjustment’ (perubahan terhadap) Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan), saya beri jaminan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Perkara 153 merujuk kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
Bagaimanapun, apabila Waytha Moorthy beralih ke isu lain ia mendapat bantahan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-kepala Batas) yang menyatakan isu berkenaan lebih penting berbanding isu lain.
Tindakan Waytha Moorthy mengulas berhubung peruntukan untuk kawasan Rukun Tetangga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang.
"Memandangkan Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak berminat untuk mendengar, saya akan beri jawapan bertulis," kata Waytha Moorthy lalu terus duduk.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian) kemudian bangun mengusulkan supaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan jawapan dalam sesi penggulungan berhubung isu ICERD.
Dalam pada itu, tiga badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) membuat laporan berhubung isu itu di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul. - Bernama