IPOH - Trafik bergerak perlahan dari Terowong Menora menuju ke Ipoh akibat sebuah lori yang membawa muatan kain terbakar di Kilometer 266.4, Lebuhraya Utara Selatan di sini lewat petang tadi.
Menurut laman twitter PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik bergerak perlahan sejauh 4.5 kilometer dan lorong kiri masih ditutup bagi kerja pemadaman api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) setakat jam 9.57 malam ini.