DSM tuntut PH tunai janji hapus SOSMA

Iklan
Mahathir Abdul Rahman

BALING - Gerakan Desak Sampai Mansuh (DSM) menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengotakan janji untuk menghapuskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pengerusi DSM, Mahathir Abdul Rahman berkata, PH telah berjanji untuk menghapuskan akta zalim itu pada muka surat 77 dan 78 dalam Buku Jingga.

Iklan
Iklan

Menurutnya, DSM telah menghantar memorandum menghapuskan akta SOSMA kepada kerajaan sejurus selepas PH menang, namun tiada perubahan sehingga kini.

"Setelah PH menang, DSM telah menghantar memorandum penghapusan akta SOSMA kepada Menteri Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan

"Janji beliau pada waktu itu adalah untuk mengkaji akta zalim ini dan dibentangkan pada sidang parlimen kedua," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, sidang parlimen kedua dan ketiga sudah berlalu, namun ura-ura SOSMA akan dimansuhkan langsung tidak kedengaran.

Iklan

"Hal ini memberi tekanan emosi bukan sahaja kepada keluarga, tapi juga tahanan itu sendiri kerana masing-masing berharap nasib mereka terbela seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.

"Akta ini membuka ruang penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkenaan. Ini jelas dengan bukti penderaan terhadap tahanan SOSMA ketika direman 28 hari di Pusat Reman Polis (PRC) apabila dipukul sehingga meninggalkan kesan di muka," katanya.

Justeru, Mahathir menegaskan, DSM menuntut supaya kerajaan memansuhkan akta zalim itu untuk memberi keadilan kepada tahanan dan keluarga mereka.

"Kerajaan dituntut membebaskan tahanan SOSMA yang telah dijatuhkan hukuman melalui pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan memberi perbicaraan yang adil kepada tahanan yang masih dalam proses perbicaraan mahkamah.

"Semua ini hendaklah diberikan kepada tahanan yang telah ditahan kerajaan terdahulu mahupun kerajaan sekarang kerana jelas semua ini adalah satu bentuk kezaliman yang nyata," katanya.