'Kutip, makan durian dalam kebun'

Iklan
Lebih 1,000 biji durian dijamu secara percuma sempena program Makan Durian Bersama Jabatan / Agensi Kerajaan Peringkat MPKK Payang Kayu di Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU- Program makan durian dalam kebun akan dijadikan satu produk pelancongan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Payang Kayu, di sini, sekaligus tingkatkan pendapatan pekebun.

Setiausaha MPKK Payang Kayu, Mohd Asparizan Aznan Abd Halim berkata pihaknya bakal jalinkan kerjasama dengan pekebun bagi merealisasikan hasrat tersebut dan dijangka bermula pada musim depan.

Iklan
Iklan

"Durian daripada Kampung Payang Kayu ini juga antara durian yang dicari penggemar raja buah ini sepanjang musim kerana kesedapan isinya lain daripada tempat lain. Hampir 96 peratus penduduk di kampung ini punyai kebun masing-masing.

"Tahun ini pula hasil pengeluaran durian di semua kebun di sini begitu menjadi. Melihat ia satu ruang terbaik bagi perkenalkan lagi nama Kampung Payang Kayu ini, MPKK akan jadikan aktiviti makan durian dalam kebun sebagai satu produk pelancongan kampung.

Iklan

"Kita akan kenal pasti dan berbincang dengan pekebun yang sudi dengan menyediakan pakej tertentu. Misalnya, selain makan buah durian turut disediakan menu lain yang bersesuaian seperti pengat durian.

"Selain dapat beri peluang kepada pengunjung rasai sendiri pengalaman kutip dan makan durian secara terus di kebun, aktiviti pelancongan ini mampu menjana pendapatan para pekebun di kampung ini nanti," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Program Makan Durian Bersama Jabatan/ Agensi Kerajaan Peringkat MPKK Payang Kayu, di kawasan Hulu Cendor, Kampung Payang Kayu, di sini, kelmarin.

Tambah Mohd Asparizan Aznan, lebih 1,000 durian disediakan kepada jemputan hasil sumbangan pekebun yang ingin berkongsi rezeki kerana musim buah-buahan tahun ini begitu menjadi.